PENDAFTARAN TAHUN 2024 DIBUKA SEKARANG!
Sejarah Penubuhan MST
Mueeza Smart Tahfiz telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2015 di bawah bimbingan Maahad Tahfiz Sirajul Quran yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Zul bin Sudin.
Tujuan penubuhan Mueeza adalah bagi memenuhi harapan penduduk di kariah setempat yang menginginkan anak-anak menjadi Hafizul Quran tanpa perlu meninggalkan pelajaran akademik di sekolah kebangsaan.
Mueeza mempunyai seramai 190 orang pelajar dan terdiri daripada 24 orang tenaga pengajar dan kakitangan sepenuh masa.
Sejarah penubuhan Mueeza Smart Tahfiz (MST) bermula dengan kesedaran Almarhum Ustaz Zul bin Sudin untuk menyediakan kelas hafazan Al-Quran di kawasan Seberang Jaya. Kelas tersebut bermula dengan hanya 3 orang pelajar dan seorang guru pada peringkat awal. Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz secara separuh masa tanpa berhrnti daripada sekolah akademik, Almarhum Ustaz Zul bin Sudin telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan institusi pra tahfiz secara rasmi iaitu Mueeza Smart Tahfiz. MST yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2015 pada awalnya beroperasi hanya di sebuah kediaman yang disewa.
Berkat kesabaran dan kesungguhan, MST dari semasa ke semasa telah berkembang maju dan sentiasa cuba untuk menyediakan prasarana yang selesa demi mencapai matlamat kami dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini, MST mempunyai 4 buah premis termasuk 3 buah cawangan di Seberang Jaya, Taman Sungai Dua Utama dan Teluk Air Tawar yang dijadikan tempat pengajian. MST juga menubuhkan kelas tahfiz secara online berikutan terdapat permintaan yang tinggi semasa musim PKP pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, MST sentiasa ingin berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan, pengajian hafazan Al-Quran dan kualiti Pendidikan Islam untuk anak-anak secara bersepadu dan menyeluruh.
Pelajar MST juga bukan hanya ditekankan pada hafazan Al-Quran semata-mata tetapi mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai akhlak Islamiyah. Di samping itu, penghayatan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah turut menjadi fokus utama sebagai teras penubuhan Mueeza Smart Tahfiz.