PENDAFTARAN TAHUN 2024 DIBUKA SEKARANG!
Perutusan
Assalamu’alaikum wbt.
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya lafazkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan taufik hidayahNya, Mueeza Smart Tahfiz (MST) masih berdiri teguh di Pulau Pinang semenjak ditubuhkan pada tahun 2015. Kini MST telah mempunyai 3 buah cawangan yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun.
Atas dasar dakwah, iman dan amal, pendakwah seharusnya menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dakwah tersebut bukanlah hanya terhad kepada menyampaikan agama Islam sahaja tetapi skopnya sangat luas. Antara dakwah tersebut termasuk mendidik masyarakat ke arah pegangan umat Islam iaitu Al-Quran dan sunnah. Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak akan sesat selamanya sehingga kamu berpegang kepada keduanya iaitu Al-quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w”. Atas dasar ini, saya ingin membawa masyarakat khususnya anak muda ke arah agama Islam, dengan menyediakan institusi pengajian tahfiz. Selain daripada mereka mempelajari Al-Quran, tahfiz kami juga istiqamah dalam mentarbiah pelajar-pelajar kami ke arah pembentukan sahsiah Islami.
Pendapatan yang diperolehi di MST akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz Induk kami iaitu Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ) di mana perbelanjaan dalam menguruskan MTSQ diuruskan oleh pengetua sendiri dengan kerjasama erat semua kakitangan pelbagai peringkat dengan sumber dana yang sangat terhad. Oleh yang demikian, saya dengan rasa rendah hati ingin menyeru orang perseorangan, badan berkanun, badan-badan kerajaan, swasta dan lain-lain supaya dapat sama-sama membantu institusi tahfiz amnya dan MTSQ khasnya. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan keredhaanNya kepada kita semua.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
RABI’ATUL’ADAWIYAH BINTI ZAMANI
Pengurus MST